Untuk Meredakan Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Apa Yang Berlaku Di Royal Rumble, Saya Kongsikan Kat Sini Para Pemenang Untuk WWE Magazine Awards 2013, Seperti Yang Disenaraikan Dalam WWE Magazine Edisi Januari 2014.
01. The Face Of WWE.
01. The Face Of WWE.
- John Cena.
- Nota: John Cena Dilihat Sebagai Orang Yang Paling Produktif Di WWE. Bukan Sahaja Aktif Di Dalam Gelanggang, Tapi Beliau Juga Aktif Dengan Aktiviti2 Luar Anjuran WWE, Terutamanya Aktiviti2 Kemasyarakatan. Ramai Bakat2 Baru Menyimpan Hasrat Untuk Jadi Sepertinya.
02. Jerk Of The Year.
- Alberto Del Rio.
- “Saya Kembali Sebagai Alberto Del Rio Yang Jauh Lebih Hebat Daripada
Sebelum Ni. Saya Adalah Heel Terbaik Di WWE Dan Saya Juga Penggusti
Terbaik Di Sini. Tiada Siapa Yang Mampu Menandingi Alberto Del Rio.” -
Alberto Del Rio.
- Nota: Walaupun Dengan Kehadiran Mark Henry, Zeb
Colter, Randy Orton, Paul Heyman Dan Beberapa Orang Lagi, Alberto Del
Rio Memiliki Sesuatu Yang Tiada Pada Yang Lain Untuk Melayakkan Beliau
Untuk Memenangi Kategori Ini.
03. First Amendment Award.
- Zeb Colter.
- Nota: Sejak Menjejakkan Kaki Ke WWE, Zeb Colter Berterusan Mengkritik
Mereka2 Yang Dirasakan Tidak Layak Untuk Digelar Real American.
Adakalanya, Ianya Dilihat Keterlaluan Tetapi Beliau Hanya Memperjuangkan
Apa Yang Beliau Rasanya Yang Terbaik Untuk Semua.
04. Match Of The Year.
- “Secara Sahnya, Ianya Adalah Main Event Pertama Saya Dan Saya Perlu
Menentang Bintang Utama Di WWE. Penonton Mahu Menyaksikan Sesuatu Yang
Hebat Dan Saya Rasa, Saya Dan John Berjaya Untuk Menyampaikan Yang
Terbaik Kepada Mereka.” - Daniel Bryan.
- Nota: Perlawanan Ini Bukan
Sahaja Untuk Menentukan Siapa Yang Akan Muncul Sebagai Juara WWE, Tapi
Ianya Juga Untuk Menentukan Siapa Yang Paling Hebat Untuk Tahun 2013.
Ianya Merupakan Pertembungan Antara Bintang Yang Selalu Dianggap Sebagai
Underdog Dan Bintang Yang Paling Menyinar Di WWE.
05. Funniest Moment.
- Damien Sandow Terjun Ke Dalam The Gulf Of Mexico Untuk
“Menyelamatkan” MITB Briefcase Beliau Yang Dihumban Oleh Cody Rhodes (
SmackDown, 26 Julai 2013 ).
- “Saya Dapat Tahu Yang Damien Bukanlah
Seorang Yang Tahu Berenang, Ditambah Lagi Dengan Keadaan Perairan
Kawasan Tersebut Yang Tidak Sesuai Untuk Berenang. Saya Tak Sangka Dia
Sanggup Untuk Terjun Ke Dalamnya Dan Saya Rasa Seperti Saya Sedang
Menonton Filem Seram.” - Cody Rhodes.
06. Best Use Of The WWE App.
- The Prime Time Players.
- “Kami Boleh Digelar Sebagai Tag Team Yang Paling Menghiburkan, Tak
Kira Daripada Segi Individualiti Atau Berpasukan. Ianya Memang Dah Jadi
Tugas Kami Untuk Melakukannya.” - The Prime Time Players.
07. Diva Of The Year.
- “Tahun Lepas, Saya Hanya Mampu Berserah Sahaja Dengan Apa Yang Bakal
Saya Tempuhi. Saya Tak Jangkakan Apa Yang Saya Perolehi Sekarang Ini.
Apa Yang Paling Sukar Ialah Untuk Kekal Relevan. Jadi Saya Perlu
Berusaha Dengan Lebih Keras Lagi Supaya Dapat Memberikan Yang Terbaik.” -
AJ Lee.
- Nota: Di Saat Beberapa Divas Lain Sibuk Bercerita
Mengenai Kekasih Dan Kehidupan Peribadi Mereka Di Total Divas, AJ Lee
Meneruskan Dominasinya Untuk Menguasai Divas Division. Beliau
Menggelarkan Dirinya Sebagai Diva Terhebat Dan Ianya Terbukti Dalam
Setiap Perlawanan Yang Dihadapinya.
08. Social Media Superstar Of The Year / Best Tweeter.
- Big E Langston.
- “Ramai Yang Tak Percaya Apabila Mereka Dapat Tahu Yang Saya Juga
Seorang Yang Suka Berjenaka. Saya Cuma Mahu Berseronok Dan Menonjolkan
Sisi Lain Diri Saya.” - Big E Langston.
09. Best New Look.
- The Usos.
- Nota: Sebagai Tribute Kepada Mendiang Pakcik Mereka, Umaga, Adik
Beradik Uso Ini Mula Mengenakan Face Painting Ala Polynesian. Mereka
Juga Menyelitkan Tarian Siva Tau Ke Dalam Entrance Mereka.
10. Screwjob Of The Year.
- Konspirasi Antara Triple H Dan Randy Orton Untuk Mensabotaj Daniel Bryan ( SummerSlam ).
- Nota: Daniel Bryan Hanya Sempat Meraikan Kemenangannya Untuk Beberapa
Minit Sahaja Sebelum Triple H Mengenakan Pedigree Ke Atasnya Yang
Secara Tak Langsung Memberi Peluang Kepada Randy Orton Untuk “Cash-In”
Kontrak Money In The Bank Miliknya.
11. Superstar Of The Year.
- “Kemuncak Karier Saya Untuk Tahun 2013 Ialah, Sewaktu Menewaskan John
Cena Di SummerSlam. Saya Berbangga Kerana Dapat Turut Sama Dalam Acara
Berkenaan Dan SummerSlam Sentiasa Menjadi Acara Kegemaran Saya.” -
Daniel Bryan.
- Nota: Pernah Melabelkan Dirinya Sebagai The Weak
Link, Daniel Bryan Bangkit Untuk Menempuhi Segala Halangan Yang Berada
Di Hadapanya, Walaupun Terpaksa Berdepan Dengan Kuasa Terbesar Di WWE.
12. Best Return To Form.
- Randy Orton.
- “Ianya Jauh Lebih Hebat Jika Bergelar Bad Guy. Saya Tak Pernah
Bimbang Akan Apa Yang Orang Ramai Ingin Perkatakan Terhadap Saya. Saya
Lebih Suka Menjadi Diri Sendiri Dan Dengan Itu, Saya Dapat Melihat
Ketakutan Seseorang Itu Apabila Saya Berada Berdekatan Dengan Mereka,
Walaupun Sekadar Berjalan Melintasi Mereka Ataupun Dengan Merenung
Mereka Sahaja.” - Randy Orton.
- Nota: Randy Orton Kini Kembali Dengan Sisi Ganasnya Dan Ianya Mendapat Sokongan Daripada The Authority.
13. Comeback(s) Of The Year.
- The Bella Twins.
- Nota: Kembalinya Twin Magic Ke Gelanggang WWE Sememangnya Dinanti2kan
Oleh Semua. Ditambah Lagi Dengan Penyertaan Mereka Dalam Rancangan
Realiti Mengenai Kehidupan Para Diva Di WWE, Total Divas.
14. Warrior Of The Year.
- Sheamus.
- Nota: Sheamus Mengenepikan Kecederaan Yang Dialaminya Untuk Beraksi
Di Money In The Bank. Beberapa Hari Selepas Itu, Dengan Kecederaan Bahu
Yang Makin Serius, Sheamus Berjaya Mengalahkan Jack Swagger. Oleh Sebab
Itu, Beliau Diberikan Banya Pujian Di Atas Kegigihannya Untuk Memberikan
Yang Terbaik.
15. Most Devastating Move.
- Spear ( Roman Reigns ).
- “Saya Mula Memukul Orang Sejak Berusia Tujuh Tahun Lagi Dan Saya
Sentiasa Jadi Yang Terhebat, Terpantas Dan Terkuat. Ada Sebabnya Kenapa
Ianya Dipilih Sebagai Gerakan Terhebat, Ianya Kerana Saya Telah
Melakukannya Sejak Saya Kecil Lagi.” - Roman Reigns.
16. “You Still Got It” Award.
- Goldust.
- “Saya Mengerahkan Sepenuh Tenaga Untuk Berlatih Bagi Memberikan
Persembahan Yang Baik Kepada Para Penonton. Saya Masih Mampu Untuk
Lakukan Apa Yang Dilakukan Oleh Mereka2 Yang Lebih Muda Daripada Saya.
Apa Yang Lebih Bermakna, Sepanjang 25 Tahun Karier Saya Dalam
Pro-Wrestling, Ialah Apabila Saya Dipasangkan Dengan Adik Saya Dan Kami
Berjaya Untuk Muncul Sebagai Juara Tag Team.” - Goldust.
17. Insult Of The Year.
- Stephanie McMahon ( Raw, 19 Ogos 2013 ).
- Nota: Stephanie McMahon Menggelar Daniel Bryan Sebagai B+ Player.
Lebih Memeritkan Lagi, Ianya Berlaku Pada Malam Selepas SummerSlam, Di
Mana Bryan Disabotaj Oleh Triple H Untuk Memberikan Kelebihan Kepada
Randy Orton.
18. Most Emotional Moment.
- Sesi Memperingati Paul Bearer Oleh Kane & The Undertaker.
- Nota: Walaupun Sering Tidak Berada Di Pihak Yang Sama, Adakalanya,
Mereka Melupakan Seketika Sengketa Mereka Untuk Memberikan Penghormatan
Kepada Orang Yang Paling Mereka Hormati.
19. The Superstar To Watch For In 2014.
- Cody Rhodes.
- “Sejak Beberapa Tahun Lepas, Saya Selalu Memakai Kemeja T Yang
Bertulis “Rhodes To The Future” Padanya. Dan Rasanya, Saya Tak Perlu
Menunggu Dengan Lebih Lama Lagi Untuk Menggapai Kejayaan Yang Lebih
Besar, Sama Ada WWE Championship Atau World Heavyweight Championship.” -
Cody Rhodes.
20. Newcomers Of The Year.
- Bray Wyatt, Luke Harper & Erick Rowan ( The Wyatt Family ).
- “Saya Hanya Mahu Mencetuskan Satu Impak Yang Besar. Saya Mahukan
Sesuatu Yang Lebih Hebat Daripada Segala Ketakutan Yang Dimiliki Oleh
Setiap Orang. Jika Ada Yang Mengatakan Mereka Tidak Dapat Memahami Apa
Yang Cuba Saya Sampaikan, Mungkin Mereka Itu Buta.” - Bray Wyatt.
21. Most Controversial.
- Nota: Bermula Daripada Mempermainkan The Undertaker Dan Paul Bearer
Untuk Build-Up Match Mereka Di WrestleMania XIX, Tetapi Tewas Dalam
Persaingan Tersebut. Beliau Kembali Dengan Personaliti Berbeza,
Sehinggalah Beliau Dikhianati Oleh Paul Heyman. Beliau Mula Bangkit
Dengan Keazaman Yang Tinggi Untuk Jadi CM Punk Yang Kita Lihat Sekarang
Ini.
22. Bully Of The Year.
- Ryback.
- “Saya Tersenyum
Bila Ada Orang Menggelarkan Saya Sebagai Seorang Pembuli. Saya Cuma
Memberi Mereka Peluang Untuk Menunjukkan Keberanian Mereka, Dan Ianya
Juga Peluang Untuk Anda Menunjukkan Yang Anda Bukanlah Kanak2 Yang Mudah
Dibuli, Sebaliknya Seorang Dewasa Yang Mampu Menghadapi Apa Sahaja.” -
Ryback.
- Nota: Cuma Ryback Yang Layak Untuk Memenangi Kategori Ini,
Sesiapa Sahaja Yang Akan Menjadi Mangsa Bulinya, Termasuklah Pekerja
Kafetaria.
23. Catchphrase Of The Year.
- YES!!! ( Daniel Bryan ).
- “Saya Harus Katakan Yang Ini Memang Di Luar Jangkaan Saya, Mereka
Tetap Melaungkannya Walaupun Saya Tidak Berada Di Dalam Gelanggang.
Bagaimana Satu Patah Perkataan Boleh Mencetuskan Impak Yang Sebegitu
Besar.” - Daniel Bryan.
24. Best Promo.
- Mark Henry ( Raw, 17 Jun 2013 ).
- Nota: Mark Henry Mengumumkan Yang Beliau Ingin Bersara Dan Memberikan
Tumpuan Sepenuhnya Kepada Keluarganya. Sebaik Sahaja John Cena Ingin
Bersalaman Dengannya, Beliau Terus Mengangkat Cena Dan Mengenakan The
World Strongest Slam Ke Atasnya. Henry Berjaya Mengenakan Para Penonton
Dan John Cena.
25. Best Hair.
- Kaitlyn.
- “Rambut Anda
Menggambarkan Personaliti Anda, Dan Memiliki Rambut Yang Hebat Dapat
Membantu Orang Ramai Untuk Memahamai Diri Anda Dengan Lebih Baik.” -
Kaitlyn.
26. Best Friend Of The Year.
- Nota:
Semasa Daniel Bryan Menyalahkan Diri Sendiri Di Atas Kekalahan Mereka,
Kane Cuba Untuk Membangkitkan Semangat Rakannya Dan Mengatakan Kekalahan
Tersebut Bukan Berpunca Daripada Bryan Sahaja. Kane Mungkin Dianggap
Sebagai Seorang Yang Merbahaya, Tetapi Beliau Juga Seorang Sahabat Yang
Baik.
27. Most Improved Superstar.
- Jack Swagger.
-
“Saya Ingin Berterima Kasih Kepada Para Penduduk Di Amerika Kerana Tidak
Melakukan Apa2 Yang Sepatutnya Dan Membiarkan Negara Ini Tidak Mencapai
Tahap Yang Sepatutnya. Kami Tiada Pilihan Lain Selain Daripada Mewakili
Mereka Untuk Katakan Apa Yang Sepatutnya Diperkatakan Dan Bertindak
Seperti Yang Sepatutnya Dilakukan.” - Jack Swagger.
- Nota: Karier
Jack Swagger Mula Bersinar Kembali Selepas Berjaya Mengalahkan Randy
Orton Dalam Perlawanan Elimination Chamber Untuk Muncul Sebagai Pencabar
Utama World Heavyweight Champion Di WrestleMania XIX. Ditambah Lagi
Dengan Kehadiran Sahabat Baru Dan Juga Pembakar Semangat, Zeb Colter.
28. Hardest Hitter.
- “Sememangnya Satu Penghargaan Bagi Saya Dapat Bekerja Di Samping
Heavy Hitter Seperti Mark Henry, Ryback, Brock Lesnar Dan Sheamus. Dan
Apa Yang Paling Bermakna, Tahun Ini, Saya Berjaya Menumbangkan Triple H
Dengan Penumbuk Saya Ini. Dia Memang Layak Untuk Menerimanya.” - The Big
Show.
- Nota: Penumbuk The Big Show Tidak Mengira Mangsa, Daripada Para Lagenda, Hinggalah Ke COO WWE.
29. Best Brock Lesnar Food.
- 3MB ( 15 April 2013 ).
- Nota: 3MB Yang Menjengkelkan Para Penonton Di Arena Akhirnya Menjadi “Makanan” Kepada Brock Lesnar.
30. Breakout Superstar Of The Year.
- Damien Sandow.
- “Saya Digelar Sebagai Satu Kegagalan Selepas Peristiwa Dengan John
Cena. Saya Hanya Mampu Ketawa Kerana Anda Tidak Tahu Apa Yang Sedang
Saya Rencanakan. Anda Cuma Perlu Tunggu Dan Lihat.” - Damien Sandow.
- Nota: Damien Sandow Telah Menonjolkan Satu Sisi Berbeza Dirinya
Selepas Memenangi Perlawanan Money In The Bank Dan Perpecahan The Rhodes
Scholar. Walaupun Gagal Untuk Memenangi World Heavyweight Championship,
Beliau Mungkin Telah Mempelajari Sesuatu Daripadanya Untuk Kembali
Menjadi Yang Lebih Baik.
31. Tag Team Of The Year.
- The Shield.
- “Tiada Kumpulan Lain Di WWE Yang Memiliki Persefahaman Seperti Kami.
Kami Tahu Apa Yang Perlu Kami Lakukan Dan Kami Selesaikannya Dengan Cara
Yang Sepatutnya, Walaupun Terpaksa Melakukan Sedikit Pengorbanan.” -
Dean Ambrose.
- “Kami Meletakkan Standard Persaingan Yang Lebih
Tinggi Ke Dalam Divisyen Tag Team, Dan Kumpulan2 Lain Perlu Berterima
Kasih Kepada Kami KeranaTelah Menaikkan Semula Martabat Divisyen Ini.” -
Roman Reigns.
- “Tiada Kumpulan Lain Yang Mampu Menandingi Kami.
Kami Telah Membuktikannya. Kami Bermula Dengan Baik Sejak Hari Pertama
Lagi Dan Walaupun Ianya Sukar, Kami Berjaya Mengatasinya.” - Seth
Rollins.
32. Breakup Of The Year.
- Alberto Del Rio & Ricardo Rodriguez.
- “Ianya Memberikan Kesan Yang Mendalam Kepada Saya. Kami Dah Bersama
Sejak Beberapa Tahun Yang Lepas. Dia Baru Sahaja Kehilangan Seorang
Kawan Yang Setia Kepadanya.” - Ricardo Rodriguez.
- “Ricardo Bukan
Sahaja Mengkhianati Saya, Tapi, Juga Orang2 Yang Berada Di Belakang Kami
Selama Ini. Beliau Layak Untuk Dihukum Dan Kami Tak Mungkin Bersahabat
Lagi Selepas Ini.” - Alberto Del Rio.
- Nota: Gandingan Mereka
Berdua Sememangnya Mengagumkan Dan Amatlah Merugikan Apabila Mereka
Memilih Untuk Berada Di Laluan Yang Berbeza. Ianya Bermula Apabila
Alberto Del Rio Menyerang Ricardo Rodriguez Di RAW, Edisi 5 Ogos 2013.
Tiada Lagi “Rrrrrrrrrrrrio” Daripada Ricardo Selepas Ini.
33. Most Overlooked Match.
- Alberto Del Rio vs The Big Show ( SmackDown, 11 Januari 2013 ).
- Nota: Perlawanan Last Man Standing Ini Dimenangi Oleh Alberto Del Rio Dan Ganjarannya Ialah, World Heavyweight Championship.
34. Most Underrated.
- “Saya Tak Kisah Apa Jua Pendapat Orang Ramai Terhadap Saya, Asalkan
Saya Yakin Dengan Kemampuan Diri Saya Dan Saya Mampu Memberikan
Persembahan Terbaik Untuk Setiap Perlawanan.” - Kofi Kingston.
-
Nota: Tiada Apa Yang Mampu Menghalang Kofi Kingston Daripada Terus
Memberikan Persembahan Yang Menarik Setiap Minggu, Walaupun Pernah
Mengalami Kecederaan Serius Pada Bahagian Siku.
35. Jawdropping Of The Year.
- Antonio Cesaro Mengenakan Cesaro Swing Ke Atas The Great Khali ( Battleground ).
- Nota: 15 Saat Adalah Tempoh Masa Yang Diambil Oleh Antonio Cesaro
Untuk Melakukannya. Melihatnya Sahaja Sudah Cukup Memeningkan.
Seperti Biasa, Jika Ada Yang Tidak Bersetuju Dengan Senarai Pemenang, Sila Bentangkan Komen Dan Pendapat Anda Kat Ruangan Komen Kat Bawah Ni. Mohon Maaf Jika Ada Typing Error Dan Post Yang Agak Panjang. Terima Kasih.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.