Kejuaraan Heavyweight Dunia WWE dilabel sebagai kejuaraan kelas kedua?

Komen John Cena tentang tanggapan ramai pihak yang melabelkan Kejuaraan Heavyweight Dunia WWE sebagai kejuaraan kelas kedua

"Ini bukan bermaksud saya tidak menghormati pemegang-pemegang kejuaraan ini sebelum saya, tapi suka ataupun tidak memang ramai pihak menganggap kejuaraan ini merupakan kejuaraan kelas kedua.

Mempertaruhkan kejuaraan ini di Wrestlemania 30 akan meletakkan ia kembali ke persada yang sepatutnya. 
 
Saya mahu para peminat (WWE Universe) sedar yang ini bukan kejuaraan kelas kedua. 
 
Ia sepatutnya diletak setaraf dan diberi penghormatan yang setara dengan Kejuaraan WWE."
Suka ataupun tidak, pada saya John Cena merupakan bintang yang paling sesuai untuk menggalas tugas untuk mengembalikan maruah dan prestij kejuaraan ini. 

Supaya para juara seterusnya selepas beliau, akan turut mendapat spotlight yang sepatutnya sepertimana Juara WWE.

Pada saya mudah saja untuk menjadikan kejuaraan ini sangat bernilai tinggi.

Letakkan perlawanan untuk merebutnya di acara utama (main event) seperti awal-awal kemunculannya 7-8 tahun lepas. Bukan perlawanan pembukaan, bukan perlawanan di tengah-tengah acara. 

Nescaya kejuaraan ini akan kembali dipandang gah oleh kita semua.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.