Kurt Angle ketika ditemuramah oleh Jim Ross dalam rancangan "The Ross Report" baru-baru ini mendedahkan yang beliau telah menolak untuk memperbaharui kontrak bersama TNA Wrestling apabila ditawarkan pembaharuan kontrak tersebut beberapa minggu lalu.

Angle kini menggalas jawatan eksekutif di rancangan Impact dan tidak dapat bergusti dengan aktif akibat kecederaan ACL, dan memerlukan rehat sehingga 6 bulan untuk benar-benar pulih.
Angle turut memaklumkan sebab musabab mengapa beliau enggan menerima tawaran kontrak baharu tersebut.

Antaranya adalah jika beliau kembali lagi selepas ini, ianya merupakan kontrak terakhir dalam kariernya dalam industri ini, dan beliau perlu membuat pertimbangan sewajarnya di mana beliau akan mengakhiri karier tersebut.

Kontrak Angle bersama TNA akan tamat pada 21 September 2014 ini.


Kemunculan mengejut di acara Royal Rumble 2015 mungkin?

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date