(video)Bekas Juara Diva WWE, Kaitlyn mengambil keputusan untuk meninggalkan WWE

Bekas Juara Diva WWE, Kaitlyn akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya di WWE bagi menumpukan kepada projek terbaru beliau di tahun 2014. 


Kalau anda baca di Twitter, anda boleh lihat tweet-tweet tribute daripada rakan-rakan rapatnya seperti AJ Lee dan Big E.

Antara catatan AJ di Twitter: Kepada @KaitlynWWE : Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya dalam perlawanan ujian untuk menyertai WWE dulu, menjadikan saya lawan pertama anda, menjadi lawan terakhir anda, dan juga sudi meminjamkan CD Savage Garden anda. 

Saya tidak akan mampu bertahan dan berjaya tanpa anda. Dan saya rasa macam nak gila lepas ini kerana organ peranakan saya tidak akan merasai "kenikmatan" spear daripada anda lagi.





Foto dan Video di bawah menampilkan mereka berdua berdakapan di acara rakaman WWE Main Event minggu ini.

Sedih juga kerana seorang lagi diva berbakat pergi meninggalkan WWE. 



Dah la hari itu Eve Torres. Kali ini Kaitlyn pula. Yang tinggal, hanyalah papan-papan liut sahaja. 

Hmmm.... 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.