Bekas Penjaga Gol Jerman bakal Ditawarkan Kontrak Bersama WWE

Imej dari video yang tular di laman sosial.
Bekas Penjaga Gol Jerman Ditawarkan Kontrak Bersama WWE

Bekas penjaga gol pasukan Jerman, Tim Wiese yang kini berusia 32 tahun, dilaporkan telah menerima tawaran untuk berlatih sebagai penggusti WWE di pusat pembangunan bakat syarikat tersebut baru-baru ini.

“Saya telah menerima tawaran rasmi daripada WWE. Ianya berkenaan untuk bergelar seorang penggusti.

Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut dan tidak berasa takut untuk bergelar atlit sukan ini.

Dan kenapa saya perlu berkata tidak terhadap tawaran itu?

Gusti sangat popular, terutama di Amerika Syarikat.

Saya akan berbicang dengan ejen saya minggu depan,” ujar Wiese kepada akhbar tabloid Jerman, Sport Bild baru-baru ini.

Wiese telah dilepaskan kontrak bolasepaknya bersama kelab Hoffenheim pada bulan Januari lalu akibat prestasi yang kurang memberansangkan dan beberapa kecederaan.


Beliau pernah menyertai skuad kebangsaan Jerman bawah 21 pada tahun 2003 hingga 2005, juga merupakan pemain gol simpanan skuad kebangsaan Jerman semasa temasya Piala Dunia FIFA pada tahun 2010.

Bekas penjaga gol yang telah memenangi beberapa kejuaraan sejak 2008 hingga 2012 ini, telah giat menjalani latihan kecergasan.

Beliau kini berjaya mencapai berat badan sebanyak 252 paun, di mana WWE berkemungkinan akan meletakkan beliau sebagai prospek utama, dalam usaha mereka melebarkan lagi pasaran mereka di Jerman tidak lama lagi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.