Pertembungan The Undertaker-Goldberg pertama kali berlaku dalam sejarah

Perlawanan impian ini akan berlangsung pada hari raya ketiga Aidilfitri. Memang tak jadi pakcik makcik nak berborak kalau kita bukak TV ni. - Hafiz Azwany Taher

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Pertembungan The Undertaker-Goldberg jadi kenyataan

WWE telah membuat pengumuman yang amat mengujakan apabila dua bintang lagenda WWE iaitu The Undertaker dan Goldberg akan beradu kekuatan dalam sebuah perlawanan yang pertama kali berlaku dalam sejarah.

Pertemuan epik ini akan bersiaran secara langsung di acara WWE Super Showdown dari King Abdullah Sports City Stadium, Jeddah, Arab Saudi dan akan dipancarkan ke seluruh dunia secara eksklusif di rangkaian WWE Network pada 7 Jun depan.

Sepanjang karier dua bintang ikonik ini, Undertaker dan Goldberg tidak pernah dipertemukan dalam sebarang perlawanan mahupun konfrontasi. Undertaker yang telah mencipta empayarnya tersendiri sejak tahun 1990 di WWE, manakala Goldberg pula menjadi pujaan peminat di WCW pada tahun 1997, hanya berada di bawah satu bumbung apabila Goldberg menyertai WWE pada tahun 2003.

Atas sebab peribadi, kerjaya Goldberg bersama Vince McMahon hanya bertahan selama setahun apabila bekas Juara Heavyweight Dunia itu memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya dan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia gusti profesional.

Kembalinya bintang berusia 52 tahun ini ke WWE pada tahun 2016 membuatkan rasa rindu peminat kepadanya terubat semula. Namun ia juga hanya sementara apabila Goldberg berhasrat untuk menggantung but selepas menerima pengiktirafan Hall Of Fame tahun lalu.

Ia sekaligus membuatkan tiada ruang untuk peminat menyaksikan pertembungannnya dengan The Undertaker. Mereka hanya sempat berada dalam satu gelanggang yang sama ketika perlawanan Royal Rumble 2017 di mana The Deadman berjaya menyingkirkan Goldberg.

Bersempena dengan acara jelajah istimewa Timur Tengah ini, WWE telah berjaya memujuk Goldberg untuk kembali beraksi dan memberikan apa yang para WWE Universe mahukan selama ini iaitu perlawanan di antara Goldberg dan The Undertaker. Pastinya ia akan menjanjikan sesuatu yang epik biarpun kedua mereka kini telah menjangkau usia emas dan di penghujung kerjaya masing-masing.



Setakat laporan ini ditulis, satu lagi perlawanan yang bakal mengambil tempat adalah pertemuan mentor dan mentee Triple H menentang Randy Orton. Acara ini juga akan membariskan nama-nama besar lain seperti Juara Universal Seth Rollins, Juara WWE Kofi Kingston, AJ Styles, Roman Reigns, Braun Strowman dan tidak ketinggalan Brock Lesnar.

Perlawanan raksasa Battle Royal melibatkan 50 bintang WWE juga akan mengambil tempat dan pastinya hampir keseluruhan roster WWE dari Raw, Smackdown dan NXT akan terlibat.

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Money In The Bank pada 20 Mei depan, WWE Super Showdown pada 7 Jun dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.