Bintang rancangan realiti WWE, Total Divas, Eva Marie telah bergusti di gelanggang WWE buat julung kalinya pada acara Raw minggu lalu dalam perlawanan beregu enam orang Divas bersama dengan JoJo dan Natalya menewaskan gandingan Alicia Fox, Aksana dan Rosa Mendes.
Selepas itu, Eva telah bergusti dalam satu lagi perlawanan beregu enam
orang Divas bersama Natalya dan Kaitlyn yang tumpas kepada gandingan
Brie Bella, Cameron & Naomi di acara SmackDown pada minggu itu juga.
Persembahan bintang berusia 29 tahun itu telah mendapat reaksi negatif, tatkala kekurangan pengalaman Eva bergusti telah dipamerkan kepada umum (sebelum ini, Eva hanya bergusti sekali di khalayak ramai, pada perlawanan beregu di acara SummerSlam Axxess Ogos lalu, tidak dirakam untuk siaran televisyen). Dikatakan WWE sengaja mengenakan Eva Marie.

Dave Meltzer dalam laporannya di radio Wrestling Observer, F4WOnline.com mendakwa bahawa para pegawai WWE ingin menjatuhkan maruah bintang dari California itu.
Ini kerana mereka merasa bahawa Eva mempunyai ego yang tidak sepatutnya dan tidak sedar bahawa masih banyak yang perlu dipelajari sebagai seorang penghibur.
Oleh itu, mereka ingin Eva 'ditenggelamkan' di siaran televisyen supaya dirinya merendah diri.