Jim Ross dan Shane McMahon yang telah bersara dari WWE (Gambar)

Gambar yang dikongsikan Jim Ross semasa mesyuarat projek 2014 beliau di New York semalam. Dan terserempak pula dengan anak mantan majikan iaitu Shane McMahon.

Untuk makluman, Shane yang telah meletak jawatan dari WWE beberapa tahun lalu kini masih menyandang jawatan CEO di China Broadband Co yang mana syarikat ini langsung tiada kaitan dengan gusti profesional.



Adakah keberadaan Shane di perut ibu kota Amerika ini menandakan beliau akan terlibat dalam pengkisahan kekejaman rejim Triple H-Stephanie di WWE dan seterusnya membuat comeback of the year?



Harapnya spekulasi ini menjadi kenyataan. Seperti yang saya tulis, ini hanyalah spekulasi ciptaan saya yang entahkan betul, entahkan tidak. 


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.