Kenyataan Rasmi Media Sempena Pelancaran WWE Network

Kenyataan Rasmi Media Sempena Pelancaran WWE Network yang bersiaran pada jam 11 pagi sebentar tadi:

STAMFORD, Conn.–(BUSINESS WIRE)- WWE Network, satu-satunya siaran secara streaming, akan dilancarkan secara langsung di US pada Isnin, 24 Februari 2014, menampilkan 12 acara PPV (Bayar & Tonton) secara langsung-termasuk Wrestlemania- bernilai $9.99 sebulan dengan bayaran komitmen selama 6 bulan (lebih kurang RM180).


WWE Network akan turut menyiarkan rancangan terbitan WWE, program realiti, dokumentari, perlawanan-perlawanan klasik dan lebih daripada 1,500 jam video atas permintaan (on demand) semasa pelancarannya nanti.

Para peminat boleh mula melanggan WWE Network pada 9 pagi 24 Februari nanti di WWE.com, dan untuk masa terhad ianya akan memberikan tempoh percubaan percuma selama seminggu. 

WWE Network, siaran 24/7 akan dipancarkan secara terus kepada peminat melalui edaran digital, dan boleh diperoleh melalui komputer dan komputer riba menerusi WWE.com. 

WWE Network juga boleh didapati melalui aplikasi WWE App di peranti Amazon Kindle Fire; peranti Android seperti Samsung Galaxy; peranti iOS seperti iPad dan iPhone; peranti Roku; konsol Sony Playstation 3 dan Sony Playstation 3; dan tidak ketinggalan Xbox 360 (yeaa, yang ini saya ada). 

Ianya akan diperluaskan juga kepada XBox One dan TV Pintar terpilih, pada musim panas nanti.

"Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah untuk WWE di mana kami telah berganjak dan membawa lembaran baharu dalam usaha memberikan kandungan perdana program kami secara langsung selama 24 jam dan 7 hari seminggu tanpa henti, secara terus kepada para peminat kami di seluruh dunia," ujar Vince McMahon, Pengerusi & CEO WWE.

"WWE Network akan menampilkan transformasi pertumbuhan kepada syarikat kami dan kandungan yang sangat bernilai kepada para peminat kami".

WWE Network juga menawarkan revolusi pengalaman skrin kedua untuk semua program dan acara siaran langsung melalui WWE, menyerupai siaran interaktif yang ditampilkan di siaran utama Raw dan Smackdown.

WWE Network dijadualkan untuk dilancarkan di United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong dan Nordics pada lewat 2014/ awal 2015.


Antara Program Yang Bakal Disiarkan di WWE Network:


WWE Network akan dilancarkan secara rasmi serentak dengan siaran langsung pasca Raw pada 24 Februari 11.06pm, dan para peminat akan mempunyai akses paling lengkap arkib WWE apabila melanggan. 

Rancangan pra dan pasca Raw & Smackdown juga akan ditampilkan setiap minggu, termasuk program-program terkini secara langsung dari studio dan kandungan on demand yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

Semasa pelancaran, WWE Network akan menampilkan:

Kesemua 12 acara PPV secara langsung-termasuk Wrestlemania. Juga siaran 30 minit pra dan pasca acara.

Program Asli WWE


Setiap malam Isnin dan Jumaat, WWE Network akan menyiarkan 30 minit siaran pra dan pasca program mingguan WWE iaitu Raw dan Smackdown

The Monday Night War™ –

Sebuah siri yang akan meneroka kisah sebenar di sebalik pertembungan antara WWE dan WCW pada tahun 90an. Pertempuran bagi menguasai jumlah tontonan, syarikat WWE Vince McMahon berseteru dengan WCW milik Ted Turner, menghasilkan Perang Malam Isnin sehingga menjadikan ia budaya pop yang mengujakan buat para peminat kedua-dua organisasi.

WrestleMania Rewind –

Sorotan lengkap dan imbas kembali perlawanan-perlawanan dan saat-saat dramatik sepanjang Wrestlemania, termasuk klip-klip yang tidak pernah ditonton dan temubual.

WWE Countdown™ –

Siaran sejam bercorak interaktif yang memberi peluang kepada para penonton untuk berbincang dan mengundi Superstars paling hebat, saat-saat tidak terduga, slogan paling memukau dan pelbagai lagi undian dan interaktif lamana sosial.

Akan datang pada April: WWE Legends House™ –

Bintang-bintang legenda WWE disatukan sekali lagi bagi merebut gelaran baru- cuma kali ini, mereka bertanding di luar gelanggang. Bayangkan sebuah rumah agam, dipenuhi perabot lengkap, lanskap yang memukau, kolam renang dan jiran yang sangat peramah. Bintang-bintang WWE terdahulu seperti Rowdy Roddy Piper, Tony Atlas dan Hacksaw Jim Duggan akan memporakperandakan kejiranan tersebut, dengan kakitangan rumah tersebut berusaha untuk memastikan bintang-bintang legenda ini sentiasa memenuhi masa, dan cuba mengelakkan mereka daripada menimbulkan sebarang masalah.

WWE NXT® – 

Bintang dan Diva WWE pada masa hadapan akan beraksi setiap minggu di WWE NXT, siaran selama sejam yang menampilkan bintang paling menyinar. Siaran ini akan memberi fokus kepada bakat-bakat muda yang menjalani latihan di Perfomance Centre, dengan penampilan khas bintang-bintang utama WWE. Ianya akan disiarkan secara langsung setiap minggu dari Full Sail University di Orlando, Florida.

WWE Superstars® – 

Siaran mingguan selama sejam yang akan membuat sorotan dan fokus kepada Bintang dan Diva WWE dengan perlawanan-perlawanan yang mengujakan. Juga akan menyorot kembali siaran-siaran utama WWE dan segala yang berlaku di dalam WWE Universe.

Video On Demand

WWE Network akan menawarkan pelbagai perlawanan PPV klasik tanpa suntingan dari WWE, WCW, ECW (termasuk perlawanan-perlawanan yang melibatkan bintang kontoversi, mendiang Chris Benoit). Ianya juga termasuk koleksi klasik dari Raw, Smackdown dan Main Event, dengan lebih dari 1,500 jam.

Kesemua ini akan diperoleh terus menerus sebaik sahaja dilancarkan, dan para penonton berpeluang untuk menonton mengikut jadual mereka sendiri.


Semoga WWE Network akan turut sampai untuk kita semua di Malaysia nanti. Boleh kita menonton wrestling sampai muntah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.