Matt Morgan mengumumkan persaraan

Seorang lagi bintang berbakat besar industri gusti profesional mengumumkan untuk menggantung but dan berhenti dari industri ini.  


Matt Morgan yang merupakan bekas bintang WWE dan TNA menyatakan yang beliau telah "selesai" dengan gusti profesional dan akan bertugas sebagai Pengurus Cawangan sebuah syarikat peralatan perubatan terkemuka di Amerika.


Penggusti yang mendapat jolokan The Blueprint ini berkata yang beliau cuba untuk kembali di WWE dan TNA, namun tidak dapat menolak jawatan yang bakal disandangnya tersebut. 


Beliau juga menolak tawaran untuk muncul di acara-acara indie kerana mahu memberi fokus yang tidak berbelah bahagi kepada karier dan keluarganya.

Matt juga baru sahaja menerima cahaya mata pertamanya beberapa hari lalu yang diberi nama Jackson Morgan. 

Tahniah kepada Matt Morgan dan semoga beliau terus berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.