Sting dilaporkan bakal menyertai WWE

Para pegawai WWE dilaporkan meletak kepercayaan yang tinggi bahawa Sting akan menyertai mereka tahun ini, dan cakap-cakap tentang perkara ini di belakang tabir semakin kerap semenjak dua menjak ini seolah-olah perkara ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Sting telah bekerja untuk 2 acara TNA minggu lepas, di mana ianya agak jarang berlaku di mana beliau berhutang 2 kemunculan lagi dalam kontraknya, seolah-olah beliau mahu menghabiskan baki kemunculannya di syarikat Dixie Carter itu.

Kontrak Sting juga bakal berakhir tidak lama lagi dan kelihatannya beliau tidak akan memperbaharui kontrak tersebut dan macam nak "on the way" ke WWE.


Secara peribadi, saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi dengan laporan ini. 

Kerana telah berbelas-belas kali membaca laporan sebegini dan dikecewakan. 

Namun saya kekal optimis agar Sting akan muncul di syarikat Vince McMahon itu. 

Gelaran Hall of Fame gerenti dalam tangan. 

Tak termasuk royalti untuk projek-projek DVD dan WWE Network. 

Memang rugi kalau Steve Borden menolaknya. 


Tambahan pula rakan baik beliau, Atuk Hulk Hogan pun dijangka terlibat dengan Wrestlemania XXX. 

Tak mustahil beliau akan menarik tangan Sting sekali untuk temankan beliau.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.