WWE MEMPUNYAI RAMAI PEMINAT DI MALAYSIA


DEMAM WWE MELANDA DI MALAYSIA! RUPANYA WWE MASIH RAMAI PEMINAT DI MALAYSIA

Perkhabaran penganjuran WWE Live di Malaysia ibarat sebuah mimpi menjadi kenyataan bagi sebahagian besar peminat tegar gusti di negara ini.

Antara yang berkongsi kegembiraan mengenai pengumuman rasmi Astro tengah hari tadi termasuklah pelakon dan pengarah, Dharma Harun Al Rashid.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa beliau yang terkenal dengan filem 'Sikit Punya Gila' cukup meminati gusti.

"Keluarga saya semuanya sangat meminati gusti bermula daripada mak dan ayah saya. Sekarang dua anak saya termasuk yang perempuan berusia 26 tahun dan adik lelakinya, 25 tahun juga berkongsi minat yang sama.

"Saya mula meminati gusti sejak era 80-an lagi. Setiap minggu saya tak akan terlepas menontonnya.

"Sampai sekarang saya mempunyai banyak koleksi barangan dan baju WWE," jelasnya ketika ditemui semasa majlis pengumuman WWE Live di Kuala Lumpur.

Malah kelab peminat penggusti juga sudah ditubuhkan empat tahun lalu menerusi laman sosial Facebook dengan carian 'peminatgustiMalaysia' yang diasaskan Hafiz Azwani yang bertujuan untuk mengumpulkan peminat gusti selain menjalankan aktiviti berkaitan minat mereka.

Sehingga kini page mereka sudah mengumpul 11,000 peminat di rantau ini.

Bagi Arvind Sidhu pula ada kisah tersendiri, dia sanggup mengembara sejauh 16,000km untuk menghadiri Wrestlemania di Amerika.

Gambarnya ketika mengibarkan bendera Malaysia mendapat liputan meluas di mana dia turut berjaya mendapatkan tandatangan 95 penggusti sebagai penghormatan kepada MH370. .

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.