Superstars WWE bergusti lagi di Kuala Lumpur

Superstars WWE bergusti di Kuala Lumpur

WWE dan Astro berbesar hati mengumumkan hari ini untuk membawakan WWE Live akan kembali ke Malaysia, buat julung kalinya sejak 2002 dengan dua persembahan yang dijadualkan pada 10 dan 11 Oktober depan.


Pertarungan ini secara ekslusif dibawakan hanya di rantau Asia Pasifik di mana bakal dilangsungkan di Stadium Putra di Kuala Lumpur.

Kehadiran Superstars WWE seperti John Cena, Bray Wyatt dan Wyatt Family, The Shield, dan Bad News Barret dan ramai lagi pasti akan menyemakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Fenomena WWE menjadi kegilaaan ramai di negara ini menerusi rancangan Monday Night Raw, AfterBurn, Vintage, Bottomline, NXT, Superstars, Main Event dan WWE Presents yang disiarkan di saluran Astro Supersports 3dan kesemua rancangan Pay-Per-View di saluran Astro Box Office Sport.



"Astro gembira bekerjasama dengan WWE untuk membawa masuk hiburan bertaraf dunia, WWE Live, kepada peminatnya di rantau Asia Tenggara.


Peminat WWE pastinya disajikan acara menarik yang padat dengan aksi Oktober ini. Kami gembira kerana dapat membawa pengalaman WWE daripada TV ke pentas sebenar," Kata Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.



Tiket akan mulai dijual 31 Mei ini jam 10 pagi dengan harga di antara RM128-RM1230.

#WWEKualalumpur

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.