Eric Bischoff bermasalah dengan TNA/bintang TNA di WWE/perkembangan anaknya Garret

Adakah beliau akan kembali semula ke WWE sebagai Pengurus Am atau membuat penampilan istimewa di sana? Artikel oleh Hafiz Azwany Taher di peminatgustimalaysia.com
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Main Event Radio baru-baru ini sempat menemubual bekas Presiden WCW dan Pengurus Am Raw, Eric Bischoff di acara Montreal Comic Con.

Ketika temubual tersebut, Bischoff telah ditanya
“Apa yang tidak kena dengan TNA”
, namun kurang senang untuk menjawab soalan tersebut. Malah menurutnya, beliau kini sedang dalam proses perundangan dengan syarikat itu.

“Saya cuba untuk menyingkirkan perkara tersebut dari fikiran saya, maka saya tak boleh beritahu. Tiada komen. Saya dalam proses perundangan dengan mereka maka saya tidak boleh berikan sebarang komen.”


Ketika ditanya jika beliau mempunyai sebarang memori indah untuk diimbau semula ketika di TNA, dengan ringkas beliau menjawab,
“Tiada.”


Berikut merupakan antara perkara lain yang sempat beliau kongsikan:

Tentang AJ Styles, Samoa Joe dan Bobby Roode kini bersama WWE:

“Anda telah menamakan tiga individu yang merupaka bintang paling menyinar ketika saya di organisasi tersebut (TNA). Mereka adalah 3 individu yang paling berkualiti, sama ada sebagai manusia biasa atau dari segi profesionalisme. Saya sangat teruja untuk AJ sebagaimana saya teruja terhadap Samoa Joe. Saya rasa Bobby Roode pula antara yang paling tidak mendapat penilaian sewajarnya, namun mempunyai potensi yang amat tinggi yang boleh dimanfaatkan oleh WWE. Saya tak kata yang Samoa Joe bersifat “underrated” kerana umum mengetahui betapa hebatnya beliau sebagai seorang atlit. Namun dapat mengenalinya dengan lebih dekat, anda tak akan jumpa orang yang lebih baik daripada Joe.”



Adakah anaknya, Garret masih bergusti:

“Beliau baik-baik sahaja. Beliau tidak lagi bergusti. Beliau berhijah keluar daripada industri ini serentak dengan saya. Beliau punya kerjaya yang baik sekarang, tinggal di Florida, telah berkahwin dan menjalani hidup dengan gembira.”



Adakah beliau akan kembali semula ke WWE sebagai Pengurus Am atau membuat penampilan istimewa di sana:

“Kemungkinan besar tidak. Kerana saya tak pernah dapat sebarang panggilan pun daripada mereka. Dan saya kini agak sibuk, banyak perkara perlu saya uruskan. Bukan nak berlagak ke hapa, saya fikir masa itu telah berlalu. Saya melalui sejarah yang hebat  selama 5 tahun bekerja di sana, dan menjadi antara saat kemuncak dalam kerjaya saya. Masa berubah, begitu juga manusia. Saya fikir jika saya kembali dengan membawa karakter yang dulu walau hanya untuk seminggu dua, penonton akan jemu dan berkata ini adalah ‘benda yang berulang’.”



Adakah beliau akan kembali terlibat dengan gusti?

“Kemungkinan sentiasa ada. Jika kena dengan masanya dan saya merasakan ia boleh membawa keterujaan dan berasa ianya segar. Sesuatu yang saya fikir peminat akan hargai dan saya seronok lakukannya. Saya sentiasa teringin untuk kembali. Kerana saya sayangkan industri ini dan mereka yang terlibat dengannya. Saya telah habiskan separuh usia saya untuk terlibat dengannya, dan pelbagai perkara telah saya lakukan. Ia memerlukan sesuatu yang unik untuk membawa kembali rasa keterujaan itu. Ia masih amat mengharukan setelah hampir 30 tahun, masih ada peminat yang menyarung tshirt nWo, dan peminat WCW masih mengingati saya. Ianya cukup membuat saya dihargai.”


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.