Seth Rollins cerita mengapa gerakan Curbstomp diharamkan WWE

Barangkali Vince McMahon merasakan yang tak baik henyak muka orang ke lantai. Ia adalah satu tindakan yang tidak beradab dan tidak menampakkan ciri-ciri ketimuran.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Seth Rollins dedah mengapa gerakan Curbstomp diharamkan

Faktor kecederaan dan risiko concussion kepada pihak lawan bukan sebab utama mengapa gerakan ini diharamkan rupanya. Bertabahlah Rollins.

Semasa ditemubual dalam siaran podcast Sam Roberts’ Wrestling podcast, Seth Rollins telah mendedahkan mengapa beliau tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan gerakan penyudah menghenyak muka lawan ke lantai gelanggang atau Curbstomp dan mengakui bahawa gerakan itu tidak akan kembali selama-lamanya.

“Tiada lagi rambut berwarna (blonde) dan gerakan The Curbstomp telah lenyap, tuan-tuan,” ujar Rollins.

“Ia bukan salah saya. Percayalah. Ia bukan disebabkan saya mahukan gerakan penyudah baharu. Tidak sama sekali. Mereka merampasnya daripada saya.”

Rollins juga turut menjelaskan bagaimana Vince McMahon tidak merestui gerakan itu kerana ia dilihat tidak mencerminkan imej korporat syarikat.


“Sebenarnya ini yang berlaku. Selepas saya memenangi Kejuaraan WWE di Wrestlemania 31, saya telah terbang segera untuk muncul dalam rancangan Today Show. Dalam rancangan itu, mereka telah membuat kompilasi pakej gerakan-gerakan hebat Seth Rollins. Pada waktu itu, gerakan penyudah saya adalah Curbstomp.

Jadi Vince McMahon telah duduk menonton rancangan tersebut pada pagi Isnin itu dan saya kelihatan segak dengan berpakaian sut lengkap. Ye lah, sebagai mewakili syarikat, saya perlu tampil kemas dan segak. Saya juga menyandang bengkung Kejuaraan WWE bersama.

Kemudian beliau menonton pakej video saya menghenyak muka lawan menggunakan kaki ke lantai dan ia disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Barangkali pada waktu itu beliau berfikir, ‘ini bukan sesuatu yang baik untuk mewakili syarikat juga untuk seorang bintang utama’. Jadi beliau telah bermesyuarat dengan beberapa pegawai kanannya dan mereka mengambil keputusan, ‘baiklah, kita tak perlukan gerakan ini. Kami akan carikan gerakan penyudah baharu untuk kamu dan begitulah seterusnya.

Saya faham namun pada masa yang sama, saya kecewa dengan keputusan itu. Saya rasa ia satu tindakan yang bodoh. Tapi itu adalah kehendak mereka dan syarikat ini bukan milik saya. Saya telah lakukan yang terbaik dalam gerakan tersebut.”


Rollins turut menambah, ” Saya memahami kehendak ini kerana ia adalah untuk kepentingan pemasaran (marketing standpoint). Saya benar-benar faham. Yang saya kesalkan adalah gerakan ini adalah gerakan yang hebat. Ia mudah dilaksanakan dan boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja. Tapi tidak mengapa, sekarang saya mempunyai senjata lutut yang juga tidak kurang hebatnya. Jadi mari kita bergerak ke hadapan dan mula menyukainya pula.”

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.