Persoalan Sukan Gusti Ikut Skrip
Persoalan Sukan Gusti Ikut Skrip
BENARKAH SUKAN GUSTI IKUT SKRIP?
Penggusti legenda WWE, Ricky 'The Dragon' Steambot menganggap masyarakat Malaysia memiliki sikap sopan-santun dan kesanggupan menghulurkan bantuan dalam lawatannya ke Kuala Lumpur bersempena untuk mempromosikan WWE Live.
Bagi peminat tegar gusti terutama sekitar tahun 80-an, The Dragon bukanlah asing kerana beliau seangkatan dengan penggusti handalan lain seperti Hulk Hogan, Macho Man dan Ultimate Warrior.Baru dua hari melawat di Malaysia, beliau tertawan dengan sikap rakyat negara ini bersopan santun dan ringan tulang.
Pada 2009, beliau membuat kemunculan semula pada pada usia 57 tahun yang dianggap antara detik terindah dalam kariernya. Walaupun sudah bersara selama empat tahun, beliau dianggap cukup berani untuk menentang Chris Jerincho kerana sebelum itu, beliau begitu gementar memikirkan tentang reaksi peminat.
"Sambutannya cukup mengujakan," jelas Ricky yang ketika dalam persaraan mengajar penggusti muda di sekolah di Florida.
Sungguhpun peminat gusti di Malaysia rata-rata menerima hakikat bahawa WWE adalah sukan berbentuk hiburan yang berlandaskan skrip, namun terdapat elemen tertentu yang membuatkan sukan ini terus mendapat tempat.
"Kakitangan belakang tabir akan bersama-sama penggusti untuk mengaturkan skrip bersesuai dengan kehendak," jelas penggusti berdarah Inggeris dan Jepun ini.
"Memang kami kena mengikut skrip, tapi kami juga perlu pandai menarik perhatian penyokong. Jika tidak anda tidak akan bertahan dalam bidang ini.
"Anda perlu membuktikan kepada syarikat dari bawah lagi."
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.