Sah! Stone Cold Steve Austin Akan Muncul Di Wrestlemania XXX

Sah! Stone Cold Steve Austin Akan Muncul Di Wrestlemania XXX

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Sah! Stone Cold Steve Austin Akan Muncul Di Wrestlemania XXX

TMZ.com melaporkan yang bintang lagenda WWE, Stone Cold Steve Austin baru sahaja tiba di New Orleans semalam untuk membuat kemunculan di acara Wrestlemania XXX Isnin ini (waktu Malaysia).

Namun demikian, apabila ditanya apakah peranan yang bakal beliau bawa di acara itu nanti, beliau kelihatan seperti cuba merahsiakan sesuatu dan enggan mendedahkannya.

Kali terakhir Austin membuat kemunculan di Mania adalah pada 3 tahun lalu, dan pihak TMZ yang mengekori beliau sejak di lapangan terbang menjangkakan yang beliau tidak hadir hanya semata-mata untuk menjadi penonton.

Sebaliknya kelihatan yang seseorang akan menerima Renjatan Stone Cold (Stone Cold Stunner) di acara gilang-gemilang itu kelak.

WWE juga dilaporkan telah menghubungi beberapa nama besar industri ini untuk membuat penampilan Isnin ini. Antara nama yang turut disebut-sebut adalah seperti The Rock, Ric Flair, Roddy Piper, Shawn Michaels dan tidak ketinggalan, Jim Ross.

*Sumber berita: TMZ.com



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.