WWE kecoh seminggu

WWE kecoh seminggu:

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Macam-macam yang terjadi di WWE pada minggu ni; tak kisah sama ada insiden baik atau buruk, kayfabe atau realiti. Mari kita soroti rentetan peristiwa sepanjang minggu:

1) Daniel Bryan selamat menjalani pembedahan di lehernya. Dijangka akan kembali di WWE dalam masa 2 atau 3 bulan. Khabar angin mengatakan bahawa Bryan masih lagi dijadualkan untuk muncul pada minggu depan. Mungkin dia akan buat promo melalui video??

2) Diva paling panas minggu ini.... bukan Paige, bukan AJ Lee. Diva tersebut adalah Alicia Fox!!! 2 kali dia bikin panas apabila dia mengamuk: sekali di RAW dan sekali lagi di Main Event, dan terus mendapat perhatian seluruh peminat gusti. Ini adalah bukti bahawa seorang wrestler itu perlukan "push" yang secukupnya untuk dikenali... sekarang bukan lagi zaman diva seksi separuh bogel "merajai" dunia gusti.

3) Roman Reigns cedera... luka tersebut nampak parah. Terjadi ketika WWE Live event di Glosgow. Dikatakan insiden tersebut terjadi apabila miscommunication berlaku antara Reigns dan Orton. Reigns nak buat Spear, walhal Orton pula terus nak buat scoop slam. Pelanggaran antara mereka berdua menyebabkan kecederaan pada Reigns .

4) Vince McMahon bukan orang kaya lagi.... okey itu agak melebih-lebih, tetapi dikhabarkan Vince kerugian USD 340 juta ... menyebabkan dia terkeluar daripada senarai billionaire dunia.

Kerugian ini adalah disebabkan kebanyakan pelabur tidak yakin dengan perjanjian baru antara WWE dengan NBC (sumber PGM).

Lebih malang lagi, insiden ini telah disiasat oleh Firma Guaman Kahn Swick & Foti kerana ada unsur-unsur penipuan yang berlaku dan dikatakan stok pasaran WWE juga telah jatuh lebih 43% (saya pura-pura faham menulis ayat ini, haha! Mohon pencerahan daripada mereka yang pakar dalam ekonomi. Ini adalah sumber berita tersebut:

http://wrestlingnewsdepot.com/2014/05/wwe-news-wwe-investigated-for-possible-violations-of-state-or-federal-securities-laws/ )

5) CM Punk dan AJ Lee akan berkahwin pada bulan Jun. Dah jodoh... semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke anak cucu. Best all around Diva berkahwin dengan Best in the World.... anak??? Fikirkan sendiri yer...

6) Lana pun nak mengamuk jugak.... musim perempuan mengamuk barangkali?? Menyelar fakta di wikipedia yang mengatakan dia berasal dari Amerika. Ini di copy and paste dariada twitter beliau:
"For the dumb & ignorant that think Wikipedia is truth I grew up in Latvia(Soviet Union) & 1st -12th grade went to Russian school @WWE"

Beliau seterusnya menge-tweet lagi:

"I went to florida state because I wanted to experience the traditional American University. I am NOT from florida. @WWE ‪#‎RavishingRussian‬ "

Oh, beliau sedang cuba "menjual" karakter Lana di twitter rupa-rupanya... bikin saspens jer si Lana ni... hehe

P/S: Minggu yang panas membara di WWE . Semoga WWE akan terus sukses dengan menghidangkan kita dengan hiburan-gusti yang menarik.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.