Daniel Bryan mengalami concussion gegaran otak


Daniel Bryan mengalami concussion gegaran otak

Dilaporkan yang Daniel Bryan disahkan mengalami gegaran otak (concussion) yang agak serius di siaran Raw minggu lalu.

Laporan menyebut yang beliau berada pada tahap kekeliruan yang tinggi sebelum acara berakhir lagi, di mana beliau tidak pasti berada di mana dan apa yang perlu dilakukan.

Dan beliau juga mengadu yang tidak ingat apa-apa yang berlaku di sepanjang acara tersebut.

Susulan diagnosis ini, beliau dijangka bakal terlepas dan tidak akan dapat beraksi di acara Royal Rumble minggu hadapan.

Beliau yang telah dijadualkan untuk bertemu dengan Bray Wyatt di acara tersebut, mungkin terpaksa melupakan hasrat itu dan berehat untuk pemulihan.



Namun demikian, reaksi hebat daripada penonton kepada beliau minggu lepas dikatakan menjadi topik hangat di belakang tabir.

Satu sumber yang dipercayai turut menyebut, "Seluruh krew di belakang tabir sangat terkesima dengan sorakan penonton kepada Bryan.


Dan ini membuatkan Vince McMahon semakin sayang kepada Naga Amerika itu."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.