Batista telah mencatatkan tweet tentang kepulangan semula beliau ke sangkar WWE esok:
Made it 2 Ohio. Feels like I'm counting every second until I hit the ring tomorrow night. #dreamchaser
— Dave Bautista (@DaveBautista) January 19, 2014
"Selamat tiba di Ohio. Sepertinya saya sedang menghitung setiap saat yang berlalu sehingga saya dapat kembali mengganas di dalam gelanggang malam esok. #pengejarmimpi#"
Seperti mana yang kita sedia maklum, Sang Haiwan Batista akan kembali ke WWE esok dan dilaporkan turut sama menyertai acara Royal Rumble tahun ini, selepas meninggalkan WWE sejak tahun 2010. Jangan lupa temujanji kita dengan beliau di siaran Raw esok.
Macam nak Batista rampas semula Kejuaraan Heavyweight WWE je, macam nak Batista lawan Brock Lesnar kat Wrestlemania je.