Hulk Hogan diperiksa oleh Pegawai Perubatan WWE untuk muncul di WWE Network

Laporan terkini menyebut bahawa legenda dan ikon terulung gusti profesional, Hulk Hogan tidak akan bergusti di pentas Wrestlemania XXX April nanti, namun tetap akan membuat penampilan istimewa di acara gilang gemilang terbabit.


Hulk Hogan dikhabarkan baru saja selesai menjalani pemeriksaan kesihatan oleh para pegawai perubatan WWE, dan pihak syarikat telah mengambil keputusan agar Hogan tidak akan terlibat dalam sebarang perlawanan serta mana-mana aktiviti yang melibatkan fizikal bekas juara 6 kali WWE dan WCW ini.

Terdapat juga desas-desus yang beliau akan membuat kemunculan semula di siaran Raw pasca acara Elimination Chamber pada 24 Februari nanti, bersama beberapa nama besar lain, serentak dengan pelancaran WWE Network selepas siaran tersebut berakhir.


Dan dengar cerita, Hulk Hogan bakal mengacarakan salah satu rancangan studio di rangkaian WWE Network kelak. Tak pasti lagi rancangan apa. Mungkin Macam-Macam Hogan kot.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.