WWE WRESTLEMANIA 36 2020 DAY 1 & 2 KEPUTUSAN DAN REAKSI
WWE WRESTLEMANIA 36 2020 DAY 1 & 2 KEPUTUSAN DAN REAKSI
DAY 1
single match (kick off)
Cesaro vs. Drew Gulak
Gulak cuba mencari jalan pintas untuk menaikkan momentum dengan mengalahkan Cesaro. Namun Cesaro bukan mudah untuk dikalahkan.
Cesaro men. Gulak
Rating - C
women tag team championship match
The Kabuki Warriors (c) vs. Alexa Bliss & Nikki Cross
Pertarungan kedua beregu yang sudah semakin serasi, membuatkan penonton agak sukar untuk meneka siapa pemenang. Namun dalam pertarungan ini nampaknya berpihak pada anak emas Vince dan dua kali menjadi juara beregu .
Bliss dan Cross men. The Kabuki Warriors
Rating - B
single match
King Corbin vs. Elias
Seperti tidak percaya match ni, Elias menewaskan juara king of the ring. Bagus untuk perkembangan Elias harap momentumnya akan terus maju.
Elias men. King Corbin
Rating - B
raw women championship match
Becky Lynch (c) vs. Shayna Baszler
Match yang bertenaga dari kedua peserta, Shayna cuba untuk mendominasi perlawanan dengan kekunci. Namun kuncian makan diri, Becky yang lebih berpengalaman menyerang balik kekunci dengan menindan pengunci dan menang.
Becky meneruskan Dominasi wanita Raw dengan mengalahkan pendatang baru yakni Shayna yang sebelum ini berada di NXT.
Becky men. Shayna
Rating - A
intercontinental championship match
Sami Zayn (c) vs. Daniel Bryan
Sami nampaknya berjaya menjadi heel yang dibenci, untuk penonton menyokong anak emas yakni si Bryan. Dengan Bantuan Nakamura dan Cesaro, memberi kelebihan kepada Sami untuk mengalahkan mamat yang asyik dapat title shot ja manjang (benci aku )
tak tahu la lepas ni si pendek tu dapat title shot apa pulak geram je rasa, untung kalah haha.
Sami men. Bryan
Rating - B
smackdown tag team championship match
John Morrison (c) vs. Kofi Kingston vs. Jimmy Uso
Perlawanan yang agak unik, dimana hanya wakil salah seorang yang kena bertarung. Dan masih berpihak pada juara bertahan yakni Morisson dan Miz.
Morisson men. Kofi dan Jimmy
Rating - B
single match
Kevin Owen vs. Seth Rollins
Pada mulanya Rollins ingin segera menghabiskan match dengan menghempuk Owen dengan loceng, dan pengadil mengumumkan DQ. Saat Rollins ingin pergi, Owen mencabar Rollins untuk perlawanan NO DQ. Rollins bersetuju dan mereka menyambung perlawanan semula. Owen bijak mengatur perlawanan dan memberi stunner kepada Roliins dan menang.
Owens men. Rollins
uiversal championship match
Goldberg (c) vs. Braun Strowman
Braun mendapat peluang untuk mengantikan Romen yang dikuarantin akibat disyaki virus covid-19. 4 spear dan satu jackhammer ( tak larat nak angkat hahahahahahahahaha maklumlah dah tua) dibalas dengan 4 powerslam dan Monster among men Menanggggggg!
Dah lama aku mengidam nak Braun ni menang dan akhirnya dia menang. Lantak la match teruk ke apa. asalkan bukan Romen yang menang hahaha.
Tahniah Braun!
Braun men. Goldberg
Rating - AAAAA
boneyard match
The Undertaker vs. AJ Styles
Perlawanan ala ala filem horror yang membuatkan Undertaker kelihatan lebih kuat. Dan Aj and the geng sangat membantu menaikkan momentum Undertaker. Akhirnya undertaker berjaya mengalahkan Aj dengan menanam Aj.
Ok jugak match macam ni, boleh la cover stamina atuk taker, cut lawan cut lawan. baru macam macam boleh buat. kalau kat dalam ring memang tak lah nak buat macamni.
Undertaker men. Styles
Rating - A
Day 2
single match (kickoff)
Liv Morgan vs. Natalya
Natalya yang terkenal dengan pengusti teknikal akhirnya terpaksa akur dengan Morgan, kekunci makan diri.
Morgan men.Natalya.
Rating - C
nxt women championship match
Rhea Ripley (c) vs. Charlotte Flair
Charlotte ko memang parasit dalam WWE. makin lama makin semak. Eh sial la.
Charlotte men. Rhea
Rating - Sampah
Single match
Aleister Black vs. Bobby Lashley
Perlawanan yang agak menarik, Lasshley mendominasi awal perlawanan, namun terpaksa akur dengan kelicikan Black. Penyudah spears Lashley berjaya dipatahkan dan penyudah Black Mars mengenai Lashley, dan Black menang. Lana sungguh marah dengan kekalahan Lashley.
Black men. Lashley
Rating - B
single match
Otis vs. Dolph Ziggler
Perlawanan yang melibatkan Ziggler biasanya mempunyai moment yang menarik. Di saat Otis hampir kalah, Mandy datang membantu dengan serangan Low Blow ke arah Dolph dan Otis memberikan penyudah ulat bulu dan menang.
Moment yang indah buat Otis kerana dapat bercium dengan Mandy Damnnnnnn!
Otis men. Dolph
Rating - A
last standing match
Edge vs. Randy Orton
Pertarungan Epik antara dua pengusti berpengalaman. menjadikan pertarungan tampak sengit dan mendebarkan. Randy kali ini lebih tampak ganas dan Edge kembali mengganas. Dengan hempukan kerusi di kepala Randy akhirnya tumbang dengan kiraan 10
Perghhh padu habis match ni. memang kena dengan WM tahun ni.
Edge men. Randy
Rating - AA
raw tag team champioship match
The Street Profits (c) vs. Angel Garza & Austin Theory
Perlawanan yang boleh di agak pemenang, Profits nampaknya terus mendominasi beregu Raw.
Street Profits men. Garza dan Theory
Rating - B
5 - Way Smackdown Women Championship Match
Bayley (c) vs. Sasha Banks vs. Lacey Evans vs. Tamina vs. Naomi
Tamina nampaknya tidak bernasib baik kerana dia yang pertama keluar dengan 4 orang menindannya sekaligus (kesian...) kemudian Naomi pula terkeluar dengan kekunci dari Bayley. Kesilapan Bayley terpukul Sasha membuatkan rakannya kalah akibat ditindan oleh Lacey. Dan ketika Lacey hampir menang, muncul Sasha membantu Bayley untuk mengekalkan kejuaraan.
Nampaknya Lacey masih belum dapat lagi untuk merasa kejuaraan utama wanita. ingatkan Sasha nak pukul bayley eh dia tolong pulak adehhhh.
Bayley men. Tamina, Naomi, Sasha dan Lacey.
Rating - A
Fire funhouse match
John Cena vs. "The Fiend" Bray Wyatt
Perlawanan yang agak disturbing bagi aku. takde pengadil pun boleh dikira menang.
The Fiend men. John Cena ke John Cena men. Cena aduh pening aku.
Rating - Sampah
main event wwe championship match
Brock Lesnar (c) vs. Drew McIntyre
3 F5 masih tidak dapat menumbangkan Drew, Dengan cubaan yang keempat Drew menyerang balas dengan 3 claymore dan menangggggg.
Akhirnya brock kalah bersih sekali lagi, dan menjadikan momentum Drew mencanak naik. Siapakah pencabar Drew selepas ini?
Tahniah Drew!
Rating - AAAA
Rating keseluruhan - A
Nampaknya WM tanpa penonton tahun ni agak bagus, cuma ada beberapa match yang aku tak berapa suka terutama match anak flair tu! Eh sial la. berikan pendapat anda juga di sini. fuhh panjang gila aku tulis ni. Sekian dari Super DG.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags